Facebook

Wednesday, 18 November 2015

Jom turunkan berat badan dengan cara selamat!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wah lama sungguh saya tinggalkan blog ini, hampir 2 bulan tak update blog!

Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya nak bercerita mengenai cara turunkan berat badan. Bukan lah saya ini pakar menurunkan berat badan, cuma nak berkongsi pandangan.

Pagi tadi semasa ke kedai untuk beli breakfast, dari jauh saya ternampak seorang wanita (saya namakan sebagai A) yang gigih berlari-lari anak, berjogging. Badannya agak gempal, dan nampak agak payah untuk dia berlari-lari anak tu.

Kalau tidak silap, hari Ahad dan kelmarin juga saya ternampak si A ini berjogging. Bila saya amati lama-lama, baru saya perasan A ialah junior saya semasa di sekolah menengah dahulu. Eh, dulu A ini tidaklah se gempal ini! Pada anggaran saya, berat A mungkin melebihi 80 kg.

turunkan berat badan

Nak menyapanya segan kerana saya tidak lah begitu kenal dengannya. Melihatkan usaha gigih A untuk bersenam, saya rasa kagum dan pada masa yang sama malu dengan diri sendiri yang malas bersenam. Nak tunggu berat badan berlebihan baru nak mula bersenam agaknya!

Siapa yang tidak mahu badan slim kan? Semua orang mahu kan badan yang langsing dan yang penting sihat. Bagi yang berbadan gempal, mungkin ada yang berfikir mustahil untuk kurus setelah sekian lama berat badan berlebihan kan?

Susah juga berbadan bulat ini, Pergerakan jadi perlahan, baju dan seluar susah nak cari yang sesuai, ditambah pula dengan sindiran dan perli dari ahli keluarga atau kawan-kawan. Bila tertekan dengan situasi ini, mula lah berdiet secara melulu, diet dengan cara berlapar atau mengambil pil-pil kurus yang boleh membahayakan kesihatan. Akhirnya, misi turunkan berat badan gagal, kesihatan pula yang terjejas!

Bagi yang ingin turunkan berat badan, apa kata berusaha dengan cara yang betul dan selamat:

1. Ramai yang mengelak makan nasi ketika berdiet. Anda sebenarnya tidak perlu mengelak makan nasi, cuma perlu kurangkan sedikti pengambilannya. Diet yang rendah karbohidrat sebenarnya menurunkan kadar pembakaran lemak dan melambatkan misi kurus anda!

2. Kira keperluan kalori harian anda. Memang pada mulanya macam leceh kan, setiap kali nak makan, kena kira dulu kalori makanan. Tapi alah bisa tegal biasa. Lepas kita nampak penurunan berat badan hasil daripada mengamalkan kiraaan kalori, sudah pasti kita lebih semangat nak buat kira-kira ni kan!

3. Banyakkan sumber-sumber semulajadi (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan elakkan makanan segera. Air berkarbonat tidak dibenarkan sama sekali untuk diminum! Minum air kosong dengan banyak adalah wajib sebab air kosong mempercepatkan proses metabolisma badan.

4. Jangan paksa diri untuk cepat kurus. Tidak perlu timbang berat setiap hari kerana akan menyebabkan anda stress jika berat badan tidak turun. Ingat yang anda telah gemuk untuk bertahun-tahun lamanya, mustahil untuk kurus dalam sehari!

5. Banyakkan membaca info kesihatan dan cara berdiet dengan betul. Selain itu , banyakkan juga membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Di Malaysia ini, jika sebut pasal pakar menurunkan berat badan, yang pertama terlintas di fikiran tentu lah Kevin Zahri kan. Boleh layari kevinzahri.com untuk kisah-kisah kejayaan menurunkan berat badan.

Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan pil kurus yang menjanjikan cara kuruskan badan dalam seminggu, cara kuruskan badan dengan cepat, cara turunkan berat badan sehingga 10 kg dalam seminggu dan lain-lain iklan yang menggoda!

Anda juga boleh dapatkan ebook 'Teknik Bakar Lemak Pantas' tulisan saudara Hafiz Wasa di link ini. Ebook ini lengkap dengan teknik bakar lemak pantas yang telah terbukti berkesan hasil 'eksperimen' saudara Hafiz Wasa ke atas dirinya sendiri, adik dan sahabatnya yang mengalami masalah berat badan. Anda boleh lihat sendiri testimoni dan bukti eksperimen teknik bakar lemak pantas ini berjaya turunkan berat badan dan mencapai berat badan Hafiz yang diidam-idamkan!





No comments:

Post a Comment