Facebook

Sunday, 20 May 2012

tekanan darah saya rendah!

assalamualaikum & selamat sejahtera...

Tekanan darah rendah (hypotension) adalah istilah perubatan untuk tekanan darah dengan bacaan di bawah paras 90/60 mmm Hg atau tekanan darah cukup rendah sehingga menyebabkan gejala gejala seperti pening atau pitam.(credit untuk Shahrulnizam.net)

saya ada juga membaca artikel yang mengatakan tekanan darah turut dianggap rendah walaupun hanya salah satu bacaan yang rendah, samada bacaan sistolik mahupun diastolik yang rendah..contohnya..bacaan tekanan 100/50 atau 80/70 masih dianggap tekanan darah yang rendah....

dalam dua hospital appointment yang lepas, nurse ada mengambil bacaan tekanan darah saya...yang pertama 98/69 dan yang kali kedua 95/58...bacaan untuk dua bulan yang berturut turut...nurse ada bertanyakan samada saya ada mengalami pening pening....saya kata tidak.....tapi sejak kebelakangan ini...kadangkala ada terasa kepala melayang layang...tangan sejuk sejuk...susah nak bernafas.....hmmmm.....saya pun mula mencari info di internet berkaitan punca punca tekanan darah rendah...

yang pasti salah satu puncanya adalah kurang air.....hehehhe...kalau mak saya tahu, memang kena bebel...sebab saya memang kurangggggggg sangat minum air....dalam sehari kadang kala saya hanya minum satu gelas air sahaja...!!

jadi, diet hari ini....pastikan minum air antara 8 hingga 10 gelas sehari (satu tugas yang sangat mencabar untuk saya!!).....

No comments:

Post a Comment