Anda pernah dengar mengenai diet tembikai? Saya baru tahu mengenai diet tembikai semalam. Saya teringat nak google pasal tembikai lepas satu 'kejadian' yang berlaku 2 minggu lepas. Rupa-rupanya kita boleh kurus dengan makan tembikai atau lebih tepat lagi sihat dengan makan tembikai ni.
Lepas pulih daripada demam 2 minggu lepas, saya terasa macam ada bengkak di leher/tengkuk sebelah kanan. Untuk lebih tepat lagi, rasa bengkak tu di dalam 2-3 cm di bawah telinga sebelah kanan. Risau juga, bengkak apa pula ni? Ditekan sakit, dan bila nak toleh kepala ke kiri kanan pun sakit.
Saya biarkan dalam 2 hari, bengkak masih belum surut. Mula la otak ni fikir macam-macam, tambah pula lepas baca info-info kat google. Tiroid kah? Nodus limfa kah?
Tak boleh jadi ni, kena pergi check doctor ni.
Jumpa doctor terus doctor boleh confirm kan.
"Oh, ni bengkak kelenjar ni. Awak baru lepas demam kan?"
"Pasal demam awak dah baik, saya tak perlu bagi apa-apa ubat, bengkak ni akan hilang dalam masa 2 minggu. Saya cuma nak nasihatkan awak banyakkan minum jus ya. Lebih baik kalau jus yang dibuat sendiri".
Lebih kurang macam tu la pesan doctor. Keluar dari pintu klinik, terus saya singgah di supermarket beli buah nak buat jus. Buah pilihan semestinya tembikai merah, favorite fruit saya.
Memang penuh la perut asyik minum jus saja minggu tu. Alhamdullilah, dengan izin Allah, tak sampai seminggu, bengkak kelenjar tu pun surut.
Selain tu saya pun dapat bonus daripada minum jus tembikai ni. Saya perhatikan lebih banyak selesema dan jerawat (saya takde jerawat ye sebelum ni!) keluar. Saya pun cuba trace balik apa benda pelik yang saya makan sampai dapat jerawat.
Jawapannya, tembikai!
Tembikai amat berkhasiat sebagai medium dalam memberihkan perut dan usus kita, iaitu sebagai detoks
Rupa-rupanya segala macam yang keluar dari badan - jerawat dan selesema adalah disebabkan proses detoksifikasi.
Tembikai kaya dengan air, iaitu 92% dan 8% lagi kaya dengan nutrient yang berkhasiat. Detoks melalui pengambilan tembikai akan membersihkan tubuh anda dengan cara pengeluaran toksin yang melambatkan metabolism anda. Dengan penyingkiran toksin dari badan , kadar metabolism dapat ditingkatkan
Lain-lain khasiat tembikai adalah:
1. Buah yang kaya dengan alkali.
- Lemak yang berkumpul dalam badan mengandungi racun dan asid yang mana sel-sel lemak ini tidak dapat disingkirkan sekiranya badan anda masih tinggi dengan asid.
2. Mewujudkan kesan diuretik (banyak buang air kecil)
- Ini adalah kerana toksin sedang disingkirkan daripada badan anda. Citrulline (sejenis asid amino) yang tinggi dalam tembilai membantu sistem kekebalan tubuh melawan infeksi dan melancarkan peredaran darah
3. Tinggi serat makanan
- Memudahkan penghadaman dan pencernaan serta membantu membersihkan usus besar.
4. Mengandungi glutathione
- Glutathione adalah antioksidan yang paling penting dalam badan sebagai ejen detoksifikasi, dan membantu memperbaiki fungsi hati.
5. Mencegah kedutan
-Tembikai adalah kaya dengan likopena. Likopena memperlahankan kesan penuaan disebabkan oleh pengoksidaan dalam badan anda yang menyebabkan kedutan dan kecacatan.
-Tembikai adalah kaya dengan likopena. Likopena memperlahankan kesan penuaan disebabkan oleh pengoksidaan dalam badan anda yang menyebabkan kedutan dan kecacatan.
6. Mengurangkan keradangan
-Keradangan menyumbang kepada keadaan seperti asma, aterosklerosis, kencing manis, kanser kolon dan artritis. Pengurangan keradangan dapat mengurangkan toksin di dalam badan
-Keradangan menyumbang kepada keadaan seperti asma, aterosklerosis, kencing manis, kanser kolon dan artritis. Pengurangan keradangan dapat mengurangkan toksin di dalam badan
Jika anda google mengenai diet tembikai, ada beberapa cara untuk mengamalkan nya. Kalau berminat untuk mempraktikkan diet tembikai, pastikan anda dapat nasihatt doctor ye, jangan terus tukar diet anda secara drastic dengan makan tembikai saja sepanjang minggu! Bahaya! Dan satu lagi, diet tembikai ini juga bukan sesuai untuk semua orang, tidak digalakkan untuk pengidap sakit batu karang, diabetes ataupun masalah pancreas.
Bagi saya pula, nak tinggal kan nasi lemak, roti canai dan tukar terus diet kepada makan tembikai saja adalah satu mission impossible. Jadi saya hanya amalkan makan tembikai dengan banyaknya pada hari minggu sahaja. Ok ke cara ni?
Anda boleh lah mencuba sihat dengan makan tembikai mengikut kesesuaian diet anda.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment