Salam hujung minggu..
Siapa di sini pernah cuba Platinum Drink keluaran V'Asia? Saya baru sahaja habiskan botol pertama dan nak masuk botol kedua. Sedikit maklumat mengenai Platinum Drink V'Asia, seperti yang dinyatakan di laman web www.vasia.my:
KHASIAT PLATINUM DRINK
Dah nak masuk 2 botol saya minum Platinum Drink V'Asia ini
Saya dapat tahu mengenai Platinum Drink V'Asia ini semenjak hari raya yang lalu. Nenek saudara (Nenek Eton namanya) yang syorkan minuman ni untuk kesihatan katanya. Nek Eton dah berumur 68 tahun dan biasalah bila dah berusia macam-macam penyakit ada. Selalunya bila sampai temujanji untuk pemeriksaan kesihatan, bacaan tak pernah yang bagus. Bacaan gula tinggi la, bacaan darah naik la, selalu kena ceramah dengan doktor, katanya. Suatu hari tu, Nek Eton ter tonton rancangan Nasi Lemak Kopi O , segmen V'Asia sedang mempromosikan Platinum Drink. Nek Eton pun tergerak hati nak cuba jus berkhasiat ni.
Hasilnya? Lepas 2 botol pengambilan Platinum Drink, Nek Eton dah tak kena ceramah lagi dengan doktor bila pergi buat pemeriksaan kesihatan. Doktor pun puji kata bacaan gula bagus, bacaan darah pun bagus. "U makan apa? Sekarang bacaan darah dan gula sudah cantik", lebih kurang macam tu la puji doktor tu. Nek Eton tersenyum-senyum saja. "Saya makan ubat doktor la, ikut cakap doktor", jawab Nek Eton. Doktor pun tersengih-sengih bangga (ok, part ni saya tambah je, hehehe).
Selepas mendengar testimoni Platinum Drink V'Asia daripada Nek Eton, saya pun mencubanya sendiri. Bagi saya pula, antara kesan minum Platinum Drink V'Asia ni ialah saya tak lagi sakit-sakit sendi (adoi macam orang tua sangat bunyi nya!). Bukannya apa, saya selalu rasa sakit di bahagian lutut terutamanya selepas duduk bersila dalam jangkamasa yang lama. Bila nak bangun berdiri tu, memang rasa sakit di lutut). Kesan-kesan lain belum nampak lagi, jadi kena teruskan lagi pengambilan Platinum Drink ni.
Adakah anda mempunyai masalah di bawah?
Kanser
Darah beku
Kencing manus
Darah tinggi
Gout
Sakit sendi
Sengal badan
Kebas
Buasir
Gastrik
Menopaus
Kecantikan kulit muka
Masalah kitaran haid
Masalah senggugut
Strok/Penyakit Parkinson
Migrain
Jangkitan pundi kencing
Lemah Otot
Artritis
Luka dalam perut
.....
Cubalah Platinum Drink V'Asia hari ini! (senarai penyakit di atas saya ambil daripada pamphlet yang disertakan dalam kotak pek botol Platinum Drink. Dan ini hanyalah 20 daripada 72 penyakit yang disenaraikan!)
Bagi anda yang ingin mencuba, boleh lah dapatkan di kedai-kedai kesihatan atau farmasi-farmasi yang berhampiran. Harganya RM90, tapi kalau pandai tawar menawar tu mungkin boleh dapat murah sikit...hehhee...
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment