Facebook

Sunday, 26 April 2015

Tekanan darah rendah lagi? Tambah pula dengan sakit otot? Macam-macam penyakit ada!

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Alamak...virus 'M' dah menyerang!!!!... Bahaya ni....sila ambil perhatian..sila ambil tindakan pantas untuk menyekat virus ini daripada merebak!!!

Saya diserang virus 'M'. Sebab itu la lamaaaaaaaa sungguh tak meng update blog. Selain itu, saya juga tak berapa sihat sebenarnya. Betul, tak tipu! Bukan saja cari alasan untuk tak mengupdate blog ni.

Tekanan darah saya kembali rendah menjadikan kepala saya macam melayang-layang, jalan rasa macam nak jatuh. Lepas tu kadang-kadang berpeluh sejuk rasa macam nak pitam. Sekali tu rasa nak pengsan masa tengah beli barang dapur di Aeon. Memang tak boleh nak terus berjalan, tapi nak pengsan segan hahhha. Jadi terpaksa la saya ambil troli kosong , berjalan beli barang sambil bertongkatkan troli.

Yang peliknya setiap kali pergi klinik, doktor akan kata tekanan darah normal. Tekanan darah saya selalu 100/60. Memang kalau di google pun akan jumpa result yang bagitau 100/60 tu normal. Saya rasa macam nak beli mesin ukur tekanan darah dan bawa ke mana-mana. Jadi bila rasa kepala melayang boleh lah terus check blood pressure. Baru boleh confirm kan kepala melayang, peluh sejuk dan rasa nak pengsan tu memang sebab tekanan darah rendah.

Sekarang dah rasa ok sikit. Doktor bagi ubat pil, Nazin namanya. Memang bukan ubat untuk tekanan darah rendah pun.

Ok. Settle bahagian tekanan darah rendah.

Lepas dah kurang rasa nak pitam, datang pula penyakit lain.

Sakit otot.

Sakit sangat.

Saya pernah sakit otot bahagian belakang badan ni beberapa tahun yang lalu. Sakit belakang, dekat bawah bahu, kiri dan kanan.

Memang sangat tak selesa sakit otot ni. Sabtu lepas saya pergi klinik, check doktor. Doktor ketuk-ketuk, tekan-tekan belakang, bahagian yang sakit tu. Sakit betul bila doktor buat macam tu. Memang doktor kata muscle tegang. Boleh rasa bila dia tekan-tekan tu. Doktor bagi ubat pil, Diclofenac. Memang sebiji macam ubat yang doktor bagi masa sakit otot beberapa tahun lepas tu. Ubat ni memang saya ingat sangat. Sebelum makan ubat ni kena pastikan makan makanan yang berat. Dulu saya ingatkan makan roti sekeping dah cukup sebelum makan ubat ni, sekali dapat pula penyakut lain, pedih ulu hati. Rupa-rupanya kena makan makanan yang betul-betul berat sebelum makan ubat ni. Kalau makan roti pun bukan makan sekeping, kena 5-6 keping baru cukup kot.



Macam-macam penyakit semenjak semakin 'muda' ni. Sebagai peringatan buat diri sendiri, sihat sebelum sakit...jagalah kesihatan anda sebaik mungkin. Macam saya ni, memang segalanya kurang. Kurang minum air, kurang makan sayuran, kurang makan buah-buahan, kurang bersenam. Yang pastinya, yang terlebihnya ialah terlebih makan!



Sunday, 5 April 2015

Mata Panda? Gelap bawah mata? Mata bengkak?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lingkaran gelap bawah mata? Mata macam mata panda? Panda pun takde mata macam anda?









Macam-macam petua kita akan jumpa kalau kita google 'cara hilangkan gelap bawah mata', hilangkan gelap bawah mata dengan cepat', 'bengkak bawah mata', 'produk hilangkan lingkaran gelap bawah mata', 'cara mudah hilangkan lingkaran bawah mata' dan yang sewaktu dengannya. Apa -apa pun kan lebih baik kalau kita cari punca-punca yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata ni.

Antara punca lingkaran/gelap bawah mata adalah disebabkan angkara:

1. Tidur lewat / tidur tak tentu masa / kurang tidur
     - kurang tidur akan sebabkan mata anda bekerja lebih keras/lebih masa dan lebih penat dan menyumbang kepada pembuluh darah bawah mata jadi lebih aktif dan nampak seperti
       bayang-bayang hitam bawah mata.

2. Kulit bawah mata yang nipis
    - kulit bawah mata yang nipis adalah disebabkan faktor keturunan. Yang ni tak dapat la nak tolong. Faktor ini akan sebabkan bayang hitam lebih jelas bawah mata.

3. Usia meningkat
     - selain kulit mata nipis disebabkan faktor keturunan, peningkatan usia juga akan sebabkan kolagen berkurangan dan kulit menipis. Bayang-bayang hitam akan nampak lebih jelas.

4. Kurang zat besi
     - kurang zat besi atau anemia

5. Terdedah kepada cahaya atau sinar uv terlalu lama
    - khas untuk mereka yang terlalu lama mengadap pc/laptop dan seumpamanya macam saya!


Lain-lain punca menyebabkan lingkaran hitam ini adalah seperti faktor alergi, toksin berlebihan dan salur darah bawah mata yang mengembang.

Ok, dah tau punca-puncanya, sekarang jom kita cari jalan nak atasi mata panda ni.

1. Letakkan tomato @  timun @ uncang teh yang telah disejukkan di bawah mata anda. InsyaAllah gelap bawah mata akan berkurangan. Yang penting kena disiplin la amalkan cara ni.

2. Banyakkan minum air kosong untuk membuang toksin dalam badan.

3. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran  dan kurangkan makanan segera yang tak berkhasiat.

4. Kurangkan masa  mengadap pc/laptop

5. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.


Selamat mencuba, selamat tinggal mata panda ku!!

Saturday, 4 April 2015

Kenapa diet gagal?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar? Sihat? Macam mana dengan diet anda? Berjalan lancar?

Ehem, tanya diet orang, diet sendiri entah ke mana!!

Diet saya SELALU tak berjalan lancar, selalu gagal ok! Baru-baru ni saya terjumpa dengan buku rekod kesihatan saya semasa yang wajib dimiliki oleh setiap jemaah haji. Saya mengerjakan haji tahun 2008. Sepanjang persediaan tu memang kena melalui beberapa siri pemeriksaan kesihatan. Di samping itu ada 3 jenis suntikan yang diwajibkan (2 suntikan wajib, 1 lagi suntikan digalakkan untuk diambil) saya ambil, tak ingat nama-nama suntikan tu tapi salah satunya ialah suntikan pnemococal untuk elakkan radang paru-paru. Tapi yang sebenarnya nak cerita kat sini ialah tentang berat badan saya. Dalam rekod buku kesihatan tu berat saya ketika itu (tahun 2008) ialah 57kg. Sekarang ni paling berat pun setakat ni ialah 60kg. Wah saya kagum, perasan, riak, takbur sekejap. Dalam masa 7 tahun berat saya hanya naik 3kg je!! Ok, sekarang saya boleh makan nasi lemak hari-hari tanpa rasa bersalah!!

Kenapa diet selalu gagal? Banyak sebabnya. Antaranya ialah perasan kurus sebab berat hanya naik 3 kg dalam masa 7 tahun! :

1. Kurang disiplin.
    - Gagal kawal nafsu makan bila tengok orang lain makan ayam goreng dengan berselera sekali.

2. Matlamat diet kurang jelas.
     - Nak diet untuk apa? Untuk lebih sihat? Untuk lebih langsing? Untuk tarik perhatian jejaka idaman?

3. Target kurus dalam masa yang singkat.
     - Baru diet 2 hari dah frust bila tengok bacaan mesin penimbang tak berkurang dari 80kg ke 70kg!

4. Program diet yang ekstrem.
     - Diet ikut suka hati. Pagi tak makan breakfast, tengahari tak makan lunch tapi malam makan nasi 2 pinggan lepas tu masuk tidur dengan hati yang gembira kerana menyangka           diet hari ini berjalan lancar!


Banyak lagi sebab musabab diet kita tak berjaya. Sekurang-kurangnya jika kita dapat membetulkan 4 perkara di atas, mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah program diet yang berjaya. Yang penting,tiada jalan singkat nak capai berat badan yang ideal. Jangan sesekali ambil jalan mudah dengan pil-pil langsing yang tidak diketahui kesahihan sumbernya. Antara banyak-banyak cara diet seperti diet rendah karbohidrat, diet rendah protein, diet ikut jenis darah dan banyak lagi, apa kata kita cuba cara alami, cara semulajadi yang natural. Yang pastinya cara semulajadi adalah bebas daripada bahan-bahan kimia dan anda tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan kerana panduan ini juga mendidik anda dengan tips-tips penting untuk menguruskan badan.



                             


Jom diet dengan cara yang lebih sihat! 👍👍👍