Apa khabar? Sihat? Macam mana dengan diet anda? Berjalan lancar?
Ehem, tanya diet orang, diet sendiri entah ke mana!!
Diet saya SELALU tak berjalan lancar, selalu gagal ok! Baru-baru ni saya terjumpa dengan buku rekod kesihatan saya semasa yang wajib dimiliki oleh setiap jemaah haji. Saya mengerjakan haji tahun 2008. Sepanjang persediaan tu memang kena melalui beberapa siri pemeriksaan kesihatan. Di samping itu ada 3 jenis suntikan yang diwajibkan (2 suntikan wajib, 1 lagi suntikan digalakkan untuk diambil) saya ambil, tak ingat nama-nama suntikan tu tapi salah satunya ialah suntikan pnemococal untuk elakkan radang paru-paru. Tapi yang sebenarnya nak cerita kat sini ialah tentang berat badan saya. Dalam rekod buku kesihatan tu berat saya ketika itu (tahun 2008) ialah 57kg. Sekarang ni paling berat pun setakat ni ialah 60kg. Wah saya kagum, perasan,
Kenapa diet selalu gagal? Banyak sebabnya. Antaranya ialah
1. Kurang disiplin.
- Gagal kawal nafsu makan bila tengok orang lain makan ayam goreng dengan berselera sekali.
2. Matlamat diet kurang jelas.
- Nak diet untuk apa? Untuk lebih sihat? Untuk lebih langsing?
- Baru diet 2 hari dah frust bila tengok bacaan mesin penimbang tak berkurang dari 80kg ke 70kg!
4. Program diet yang ekstrem.
- Diet ikut suka hati. Pagi tak makan breakfast, tengahari tak makan lunch tapi malam makan nasi 2 pinggan lepas tu masuk tidur dengan hati yang gembira kerana menyangka diet hari ini berjalan lancar!
Banyak lagi sebab musabab diet kita tak berjaya. Sekurang-kurangnya jika kita dapat membetulkan 4 perkara di atas, mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah program diet yang berjaya. Yang penting,tiada jalan singkat nak capai berat badan yang ideal. Jangan sesekali ambil jalan mudah dengan pil-pil langsing yang tidak diketahui kesahihan sumbernya. Antara banyak-banyak cara diet seperti diet rendah karbohidrat, diet rendah protein, diet ikut jenis darah dan banyak lagi, apa kata kita cuba cara alami, cara semulajadi yang natural. Yang pastinya cara semulajadi adalah bebas daripada bahan-bahan kimia dan anda tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan kerana panduan ini juga mendidik anda dengan tips-tips penting untuk menguruskan badan.
Jom diet dengan cara yang lebih sihat! 👍👍👍
No comments:
Post a Comment