Setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2 kg dalam masa 2 hari!
Cara turunkan berat badan dengan cepat yang saya cari selama ini, kini telah saya temui!
Apa rahsianya? Rahsia la sangatkan?
Saya muntah-muntah cirit birit selama 2 hari, lepas tu demam untuk 2 hari lagi.
Cara yang paling tak best untuk turunkan berat badan kan!
*Saya terus teringatkan golongan yang menderita penyakit anoreksia,muntah memang cara yang cepat untuk menurunkan berat badan. Jangan ikut cara ni, lebih baik turunkan berat badan secara alami atau semulajadi atau cara yang sihat. Banyak kesan buruk kalau kita terburu-buru turun berat badan mendadak, turun berat badan tanpa makan nasi, turun berat badan tanpa berdiet atau turun berat badan dengan makan ubat yang tidak disahkan selamat oleh kementerian kesihatan kan.
Lepas reda muntah, tekak rasa sangat tak selera nak makan apa-apa padahal perut berbunyi-bunyi lapar. Minum air pun saya tak lalu. Mula-mula cuba minum air Oren, ingatkan masam-masam Oren tu boleh membuka selera, tapi hampeh, saya kembali muntah. Lepas tu cuba pula dengan teh o panas. Mula-mula tu ok la, tapi lepas 2-3 kali minum teh o panas je sedangkan perut masih kosong sebab tak lalu makan, angin pun dah mula naik ke kepala!
Akhirnya, saya diilhamkan Allah untuk mencuba makanan sunnah, iaitu madu. Saya campurkan sesudu madu ke dalam segelas air panas, dan minum setelah suam. Wah, hasilnya saaaaaaangat menakjubkan. Sampai sekarang saya masih amalkan minum madu dengan air suam. Memang melegakan minum air suam campurkan madu ni.
Madu Yaman Ustaz Johari yang saya campurkan dengan air suam.
Saya juga telah cuba tak makan panadol dan cuma amalkan minum air madu ni saja untuk demam saya ni. Memang berkesan minum madu menurunkan demam. Alhamdulillah, hari ni saya dah sihat...
Oh lupa nak bagitau, berat saya turun dari 62.3kg kepada 60.0kg. Lepas baik dari demam, naik sikit kepada 60.5kg. Hmmm.. nak kena demam balik baru boleh turunkan berat badan ke....oh tidak.....
No comments:
Post a Comment