Facebook

Wednesday, 18 November 2015

Jom turunkan berat badan dengan cara selamat!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wah lama sungguh saya tinggalkan blog ini, hampir 2 bulan tak update blog!

Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya nak bercerita mengenai cara turunkan berat badan. Bukan lah saya ini pakar menurunkan berat badan, cuma nak berkongsi pandangan.

Pagi tadi semasa ke kedai untuk beli breakfast, dari jauh saya ternampak seorang wanita (saya namakan sebagai A) yang gigih berlari-lari anak, berjogging. Badannya agak gempal, dan nampak agak payah untuk dia berlari-lari anak tu.

Kalau tidak silap, hari Ahad dan kelmarin juga saya ternampak si A ini berjogging. Bila saya amati lama-lama, baru saya perasan A ialah junior saya semasa di sekolah menengah dahulu. Eh, dulu A ini tidaklah se gempal ini! Pada anggaran saya, berat A mungkin melebihi 80 kg.

turunkan berat badan

Nak menyapanya segan kerana saya tidak lah begitu kenal dengannya. Melihatkan usaha gigih A untuk bersenam, saya rasa kagum dan pada masa yang sama malu dengan diri sendiri yang malas bersenam. Nak tunggu berat badan berlebihan baru nak mula bersenam agaknya!

Siapa yang tidak mahu badan slim kan? Semua orang mahu kan badan yang langsing dan yang penting sihat. Bagi yang berbadan gempal, mungkin ada yang berfikir mustahil untuk kurus setelah sekian lama berat badan berlebihan kan?

Susah juga berbadan bulat ini, Pergerakan jadi perlahan, baju dan seluar susah nak cari yang sesuai, ditambah pula dengan sindiran dan perli dari ahli keluarga atau kawan-kawan. Bila tertekan dengan situasi ini, mula lah berdiet secara melulu, diet dengan cara berlapar atau mengambil pil-pil kurus yang boleh membahayakan kesihatan. Akhirnya, misi turunkan berat badan gagal, kesihatan pula yang terjejas!

Bagi yang ingin turunkan berat badan, apa kata berusaha dengan cara yang betul dan selamat:

1. Ramai yang mengelak makan nasi ketika berdiet. Anda sebenarnya tidak perlu mengelak makan nasi, cuma perlu kurangkan sedikti pengambilannya. Diet yang rendah karbohidrat sebenarnya menurunkan kadar pembakaran lemak dan melambatkan misi kurus anda!

2. Kira keperluan kalori harian anda. Memang pada mulanya macam leceh kan, setiap kali nak makan, kena kira dulu kalori makanan. Tapi alah bisa tegal biasa. Lepas kita nampak penurunan berat badan hasil daripada mengamalkan kiraaan kalori, sudah pasti kita lebih semangat nak buat kira-kira ni kan!

3. Banyakkan sumber-sumber semulajadi (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan elakkan makanan segera. Air berkarbonat tidak dibenarkan sama sekali untuk diminum! Minum air kosong dengan banyak adalah wajib sebab air kosong mempercepatkan proses metabolisma badan.

4. Jangan paksa diri untuk cepat kurus. Tidak perlu timbang berat setiap hari kerana akan menyebabkan anda stress jika berat badan tidak turun. Ingat yang anda telah gemuk untuk bertahun-tahun lamanya, mustahil untuk kurus dalam sehari!

5. Banyakkan membaca info kesihatan dan cara berdiet dengan betul. Selain itu , banyakkan juga membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Di Malaysia ini, jika sebut pasal pakar menurunkan berat badan, yang pertama terlintas di fikiran tentu lah Kevin Zahri kan. Boleh layari kevinzahri.com untuk kisah-kisah kejayaan menurunkan berat badan.

Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan pil kurus yang menjanjikan cara kuruskan badan dalam seminggu, cara kuruskan badan dengan cepat, cara turunkan berat badan sehingga 10 kg dalam seminggu dan lain-lain iklan yang menggoda!

Anda juga boleh dapatkan ebook 'Teknik Bakar Lemak Pantas' tulisan saudara Hafiz Wasa di link ini. Ebook ini lengkap dengan teknik bakar lemak pantas yang telah terbukti berkesan hasil 'eksperimen' saudara Hafiz Wasa ke atas dirinya sendiri, adik dan sahabatnya yang mengalami masalah berat badan. Anda boleh lihat sendiri testimoni dan bukti eksperimen teknik bakar lemak pantas ini berjaya turunkan berat badan dan mencapai berat badan Hafiz yang diidam-idamkan!





Monday, 21 September 2015

Sihat dan kurus dengan makan tembikai!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda pernah dengar mengenai diet tembikai? Saya baru tahu mengenai diet tembikai semalam. Saya teringat nak google pasal tembikai lepas satu 'kejadian' yang berlaku 2 minggu lepas. Rupa-rupanya kita boleh kurus dengan makan tembikai atau lebih tepat lagi sihat dengan makan tembikai ni.

Lepas pulih daripada demam 2 minggu lepas, saya terasa macam ada bengkak di leher/tengkuk sebelah kanan. Untuk lebih tepat lagi, rasa bengkak tu di dalam 2-3 cm di bawah telinga sebelah kanan. Risau juga, bengkak apa pula ni? Ditekan sakit, dan bila nak toleh kepala ke kiri kanan pun sakit.

Saya biarkan dalam 2 hari, bengkak masih belum surut. Mula la otak ni fikir macam-macam, tambah pula lepas baca info-info kat google. Tiroid kah? Nodus limfa kah?

Tak boleh jadi ni, kena pergi check doctor ni.

Jumpa doctor terus doctor boleh confirm kan.

"Oh, ni bengkak kelenjar ni. Awak baru lepas demam kan?"

"Pasal demam awak dah baik, saya tak perlu bagi apa-apa ubat, bengkak ni akan hilang dalam masa 2 minggu. Saya cuma nak nasihatkan awak banyakkan minum jus ya. Lebih baik kalau jus yang dibuat sendiri".

Lebih kurang macam tu la pesan doctor. Keluar dari pintu klinik, terus saya singgah di supermarket beli buah nak buat jus. Buah pilihan semestinya tembikai merah, favorite fruit saya.

Memang penuh la perut asyik minum jus saja minggu tu. Alhamdullilah, dengan izin Allah, tak sampai seminggu, bengkak kelenjar tu pun surut.

Selain tu saya pun dapat bonus daripada minum jus tembikai ni. Saya perhatikan lebih banyak selesema dan jerawat (saya takde jerawat ye sebelum ni!) keluar. Saya pun cuba trace balik apa benda pelik yang saya makan sampai dapat jerawat.

Jawapannya, tembikai!


kurus dengan makan tembikai

Tembikai amat berkhasiat sebagai medium dalam memberihkan perut dan usus kita, iaitu sebagai detoks

Rupa-rupanya segala macam yang keluar dari badan - jerawat dan selesema adalah disebabkan proses detoksifikasi.


Tembikai kaya dengan air, iaitu 92% dan 8% lagi kaya dengan nutrient yang berkhasiat. Detoks melalui pengambilan tembikai akan membersihkan tubuh anda dengan cara pengeluaran toksin yang melambatkan metabolism anda. Dengan penyingkiran toksin dari badan , kadar metabolism dapat ditingkatkan

Lain-lain khasiat tembikai adalah:

1. Buah yang kaya dengan alkali.
- Lemak yang berkumpul dalam badan mengandungi racun dan asid yang mana sel-sel lemak ini tidak dapat disingkirkan sekiranya badan anda masih tinggi dengan asid. 


2. Mewujudkan kesan diuretik (banyak buang air kecil)
- Ini adalah kerana toksin sedang disingkirkan daripada badan anda. Citrulline (sejenis asid amino) yang tinggi dalam tembilai membantu sistem kekebalan tubuh melawan infeksi dan melancarkan peredaran darah
 
 
3. Tinggi serat makanan
- Memudahkan penghadaman dan pencernaan serta membantu membersihkan usus besar.
 
 
4. Mengandungi glutathione
- Glutathione adalah antioksidan yang paling penting dalam badan sebagai ejen detoksifikasi, dan  membantu memperbaiki fungsi hati. 
 
 
5. Mencegah kedutan
-Tembikai adalah kaya dengan likopena. Likopena memperlahankan kesan penuaan disebabkan oleh pengoksidaan dalam badan anda yang menyebabkan kedutan dan kecacatan.
 
 
6. Mengurangkan keradangan
-Keradangan menyumbang kepada keadaan seperti asma, aterosklerosis, kencing manis, kanser kolon dan artritis. Pengurangan keradangan dapat mengurangkan toksin di dalam badan
Jika anda google mengenai diet tembikai, ada beberapa cara untuk mengamalkan nya. Kalau berminat untuk mempraktikkan diet tembikai, pastikan anda dapat nasihatt doctor ye, jangan terus tukar diet anda secara drastic dengan makan tembikai saja sepanjang minggu! Bahaya! Dan satu lagi, diet tembikai ini juga bukan sesuai untuk semua orang, tidak digalakkan untuk pengidap sakit batu karang, diabetes ataupun masalah pancreas.
 
 
Bagi saya pula, nak tinggal kan nasi lemak, roti canai dan tukar terus diet kepada makan tembikai saja adalah satu mission impossible. Jadi saya hanya amalkan makan tembikai dengan banyaknya pada hari minggu sahaja. Ok ke cara ni?
 
 
Anda boleh lah mencuba sihat dengan makan tembikai mengikut kesesuaian diet anda.
 
 
Selamat mencuba!

 

Sunday, 13 September 2015

Platinum Drink V'Asia - testimoni Nek Eton

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hujung minggu..

Siapa di sini pernah cuba Platinum Drink keluaran V'Asia? Saya baru sahaja habiskan botol pertama dan nak masuk botol kedua. Sedikit maklumat mengenai Platinum Drink V'Asia, seperti yang dinyatakan di laman web www.vasia.my:

KHASIAT PLATINUM DRINK


  • Diperkaya dengan perahan makanan yang tinggi antioksidan SUPERFRUITS seperti delima, MaquiBeri, Goji Beri, Acai Beri, Blue Beri, Manggis dan Camu Beri.
  • Mengandungi 55 ramuan buah dan herba gabungan khasiat dan penawar yang amat baik untuk melindungi kesihatan dari penyakit.
  • Mengandungi herba-herba Nusantara seperti Kayu Manis, Cengkih, Peria, Temulawak, Kunyit,Halia Bara, Cekur, Lada Hitam dan Bunga Cengkih.
  • Mengandungi ramuan penemuan terkini seperti Aprikot (antikanser) dan Gingko Biloba (peredaran darah).
  • Mengandungi VitaminB6, Vitamin E dan Shark Cartilage untuk kebaikan tubuh badan dan sendi. 
  • Diadun dengan makanan sunnah seperti Kismis,Habbatussauda, Madu dan Saffran yang berkualiti tinggi dari Yemen.


  • Meningkatkan tahap dan taraf kesehatan serta sesuai untuk semua peringkat umur.


  • Diformulasi oleh pakar pemakanan & nutrisi yang bertauliah.



  • Dah nak masuk 2 botol saya minum Platinum Drink V'Asia ini


    Saya dapat tahu mengenai Platinum Drink V'Asia ini semenjak hari raya yang lalu. Nenek saudara (Nenek Eton namanya) yang syorkan minuman ni untuk kesihatan katanya. Nek Eton dah berumur 68 tahun dan biasalah bila dah berusia macam-macam penyakit ada. Selalunya bila sampai temujanji untuk pemeriksaan kesihatan, bacaan tak pernah yang bagus. Bacaan gula tinggi la, bacaan darah naik la, selalu kena ceramah dengan doktor, katanya. Suatu hari tu, Nek Eton ter tonton rancangan Nasi Lemak Kopi O , segmen V'Asia sedang mempromosikan Platinum Drink. Nek Eton pun tergerak hati nak cuba jus berkhasiat ni.

    Hasilnya? Lepas 2 botol pengambilan Platinum Drink, Nek Eton dah tak kena ceramah lagi dengan doktor bila pergi buat pemeriksaan kesihatan. Doktor pun puji kata bacaan gula bagus, bacaan darah pun bagus. "U makan apa? Sekarang bacaan darah dan gula sudah cantik", lebih kurang macam tu la puji doktor tu. Nek Eton tersenyum-senyum saja. "Saya makan ubat doktor la, ikut cakap doktor", jawab Nek Eton. Doktor pun tersengih-sengih bangga (ok, part ni saya tambah je, hehehe).

    Selepas mendengar testimoni Platinum Drink V'Asia daripada Nek Eton, saya pun mencubanya sendiri. Bagi saya pula, antara kesan minum Platinum Drink V'Asia ni ialah saya tak lagi sakit-sakit sendi (adoi macam orang tua sangat bunyi nya!). Bukannya apa, saya selalu rasa sakit di bahagian lutut terutamanya selepas duduk bersila dalam jangkamasa yang lama. Bila nak bangun berdiri tu, memang rasa sakit di lutut). Kesan-kesan lain belum nampak lagi, jadi kena teruskan lagi pengambilan Platinum Drink ni.

    Adakah anda mempunyai masalah di bawah?

    Kanser
    Darah beku
    Kencing manus
    Darah tinggi
    Gout
    Sakit sendi
    Sengal badan
    Kebas
    Buasir
    Gastrik
    Menopaus
    Kecantikan kulit muka
    Masalah kitaran haid
    Masalah senggugut
    Strok/Penyakit Parkinson
    Migrain
    Jangkitan pundi kencing
    Lemah Otot
    Artritis
    Luka dalam perut
    .....

    Cubalah Platinum Drink V'Asia hari ini! (senarai penyakit di atas saya ambil daripada pamphlet yang disertakan dalam kotak pek botol Platinum Drink. Dan ini hanyalah 20 daripada 72 penyakit yang disenaraikan!)


    Bagi anda yang ingin mencuba, boleh lah dapatkan di kedai-kedai kesihatan atau farmasi-farmasi yang berhampiran. Harganya RM90, tapi kalau pandai tawar menawar tu mungkin boleh dapat murah sikit...hehhee...

    Selamat Mencuba!


    Friday, 4 September 2015

    Turun berat badan dalam masa 2 hari!

    Assalamualaikum & salam sejahtera...

    Setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2 kg dalam masa 2 hari!

    Cara turunkan berat badan dengan cepat yang saya cari selama ini, kini telah saya temui!

    Apa rahsianya? Rahsia la sangatkan?

    Saya muntah-muntah cirit birit selama 2 hari, lepas tu demam untuk 2 hari lagi.

    Cara yang paling tak best untuk turunkan berat badan kan!

    *Saya terus teringatkan golongan yang menderita penyakit anoreksia,muntah memang cara yang cepat untuk menurunkan berat badan. Jangan ikut cara ni, lebih baik turunkan berat badan secara alami atau semulajadi atau cara yang sihat. Banyak kesan buruk kalau kita terburu-buru turun berat badan mendadak, turun berat badan tanpa makan nasi, turun berat badan tanpa berdiet atau turun berat badan dengan makan ubat yang tidak disahkan selamat oleh kementerian kesihatan kan.

    Lepas reda muntah, tekak rasa sangat tak selera nak makan apa-apa padahal perut berbunyi-bunyi lapar. Minum air pun saya tak lalu. Mula-mula cuba minum air Oren, ingatkan masam-masam Oren tu boleh membuka selera, tapi hampeh, saya kembali muntah. Lepas tu cuba pula dengan teh o panas. Mula-mula tu ok la, tapi lepas 2-3 kali minum teh o panas je sedangkan perut masih kosong sebab tak lalu makan, angin pun dah mula naik ke kepala!

    Akhirnya, saya diilhamkan Allah untuk mencuba makanan sunnah, iaitu madu. Saya campurkan sesudu madu ke dalam segelas air panas, dan minum setelah suam. Wah, hasilnya saaaaaaangat menakjubkan. Sampai sekarang saya masih amalkan minum madu dengan air suam. Memang melegakan minum air suam campurkan madu ni.

    Madu Yaman Ustaz Johari yang saya campurkan dengan air suam.


    Saya juga telah cuba tak makan panadol dan cuma amalkan minum air madu ni saja untuk demam saya ni. Memang berkesan minum madu menurunkan demam. Alhamdulillah, hari ni saya dah sihat...

    Oh lupa nak bagitau, berat saya turun dari 62.3kg kepada 60.0kg. Lepas baik dari demam, naik sikit kepada 60.5kg. Hmmm.. nak kena demam balik baru boleh turunkan berat badan ke....oh tidak.....

    Saturday, 29 August 2015

    Dah cukup minum air hari ini?

    Assalamualaikum & salam sejahtera...

    Lama tak update blog...rindu pula rasanya....

    Cuaca panas sekarang membuatkan saya jadi extra malas (alasan je tu, kalau cuaca tak panas pun tetap malas kan!). Tapi memang pun cuaca macam tak menentu sejak dua menjak ni, kadang-kadang panas yang amat, kadang-kadang hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya. Keadaan macam ni lah yang perlukan lebih perhatian pada kesihatan kita.

    Cuaca panas dan terik sejak kebelakangan ini

    Perkara asas macam minum air secukupnya jangan sekali-kali diabaikan. Ingat tu, bagi setiap 25kg berat anda, pastikan anda minum 1 liter air. Contoh mudah macam saya yang semakin berat lepas bulan puasa dan raya ni, berat dah 62.3kg, jadi saya wajib minum sekurang-kurangnya dan sebaik-baiknya 3 liter air untuk kekal hidrat dan kadar metabolisma.

    Minum air tu benda mudah je sebenarnya kan, itu pun kadang kala kita terlepas pandang dan ambil mudah. Saya suspect kurang minum air adalah penyebab utama saya bertambah berat badan (tak lupa juga kurang senaman, makan banyak, lepas makan duduk berjam-jam depan TV, makan kuih raya yang tak habis-habis lagi!!).

    Selamat berhujung minggu, selamat menyambut hari kebangsaan, semoga sehati sejiwa antara nafsu makan dan azam untuk menjadi lebih sihat!

    Friday, 26 June 2015

    Kurangkan berat badan di bulan Ramadhan...boleh kah? / mampu kah?

    Assalamualaikum & salam sejahtera...

    Hari ni dah masuk hari ke-9 Ramadhan. Puasa anda macam mana? Ok? InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan.

    Di samping meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ni, saya juga berazam untuk meningkatkan kualiti kesihatan. Secara spesifiknya,nak kurangkan berat badan!

    Berat badan di awal Ramadhan : 61kg

    Berat badan pada hari ke-9 Ramadhan : 61kg

    Macam tiada perkembangan positif je. Macam mana nak positif kalau cara makan pun tiada perubahan. Saya memang sangat-sangat berazam nak makan kurma dan minum air saja ketika sahur, tapi azam tinggal azam je la. Bukan tak mampu nak buat, tapi terpaksa  makan makanan lebihan berbuka yang masih banyak. Nak buang sayang kan.

    Tapi mulai hari ini,  saya dah bertekad. Sahur pagi esok hanya dengan makan kurma dan minum air sahaja. Muktamad!!


    Tuesday, 19 May 2015

    Nilai kesihatan...

    Assalamualaikum & asalam sejahtera...



    Sumber : Mingguan Malaysia 17 Mei 2015


    Saya sangat setuju dengan artikel di atas! Saya pun sedang menghitung hari-hari terakhir di pejabat ni. Memang betul, walau kerja apa sekalipun kita tidak dapat lari dari tekanan,  sekurang-kurangnya saya akan tinggalkan tekanan yang tepu di pejabat yang sekarang ni, dan berpindah untuk merasai tekanan yang baru! Semoga Allah mempermudahkan segalanya..Insyallah...Amin......

    Sunday, 26 April 2015

    Tekanan darah rendah lagi? Tambah pula dengan sakit otot? Macam-macam penyakit ada!

    Assalamualaikum & salam sejahtera....

    Alamak...virus 'M' dah menyerang!!!!... Bahaya ni....sila ambil perhatian..sila ambil tindakan pantas untuk menyekat virus ini daripada merebak!!!

    Saya diserang virus 'M'. Sebab itu la lamaaaaaaaa sungguh tak meng update blog. Selain itu, saya juga tak berapa sihat sebenarnya. Betul, tak tipu! Bukan saja cari alasan untuk tak mengupdate blog ni.

    Tekanan darah saya kembali rendah menjadikan kepala saya macam melayang-layang, jalan rasa macam nak jatuh. Lepas tu kadang-kadang berpeluh sejuk rasa macam nak pitam. Sekali tu rasa nak pengsan masa tengah beli barang dapur di Aeon. Memang tak boleh nak terus berjalan, tapi nak pengsan segan hahhha. Jadi terpaksa la saya ambil troli kosong , berjalan beli barang sambil bertongkatkan troli.

    Yang peliknya setiap kali pergi klinik, doktor akan kata tekanan darah normal. Tekanan darah saya selalu 100/60. Memang kalau di google pun akan jumpa result yang bagitau 100/60 tu normal. Saya rasa macam nak beli mesin ukur tekanan darah dan bawa ke mana-mana. Jadi bila rasa kepala melayang boleh lah terus check blood pressure. Baru boleh confirm kan kepala melayang, peluh sejuk dan rasa nak pengsan tu memang sebab tekanan darah rendah.

    Sekarang dah rasa ok sikit. Doktor bagi ubat pil, Nazin namanya. Memang bukan ubat untuk tekanan darah rendah pun.

    Ok. Settle bahagian tekanan darah rendah.

    Lepas dah kurang rasa nak pitam, datang pula penyakit lain.

    Sakit otot.

    Sakit sangat.

    Saya pernah sakit otot bahagian belakang badan ni beberapa tahun yang lalu. Sakit belakang, dekat bawah bahu, kiri dan kanan.

    Memang sangat tak selesa sakit otot ni. Sabtu lepas saya pergi klinik, check doktor. Doktor ketuk-ketuk, tekan-tekan belakang, bahagian yang sakit tu. Sakit betul bila doktor buat macam tu. Memang doktor kata muscle tegang. Boleh rasa bila dia tekan-tekan tu. Doktor bagi ubat pil, Diclofenac. Memang sebiji macam ubat yang doktor bagi masa sakit otot beberapa tahun lepas tu. Ubat ni memang saya ingat sangat. Sebelum makan ubat ni kena pastikan makan makanan yang berat. Dulu saya ingatkan makan roti sekeping dah cukup sebelum makan ubat ni, sekali dapat pula penyakut lain, pedih ulu hati. Rupa-rupanya kena makan makanan yang betul-betul berat sebelum makan ubat ni. Kalau makan roti pun bukan makan sekeping, kena 5-6 keping baru cukup kot.



    Macam-macam penyakit semenjak semakin 'muda' ni. Sebagai peringatan buat diri sendiri, sihat sebelum sakit...jagalah kesihatan anda sebaik mungkin. Macam saya ni, memang segalanya kurang. Kurang minum air, kurang makan sayuran, kurang makan buah-buahan, kurang bersenam. Yang pastinya, yang terlebihnya ialah terlebih makan!



    Sunday, 5 April 2015

    Mata Panda? Gelap bawah mata? Mata bengkak?

    Assalamualaikum & salam sejahtera...

    Lingkaran gelap bawah mata? Mata macam mata panda? Panda pun takde mata macam anda?









    Macam-macam petua kita akan jumpa kalau kita google 'cara hilangkan gelap bawah mata', hilangkan gelap bawah mata dengan cepat', 'bengkak bawah mata', 'produk hilangkan lingkaran gelap bawah mata', 'cara mudah hilangkan lingkaran bawah mata' dan yang sewaktu dengannya. Apa -apa pun kan lebih baik kalau kita cari punca-punca yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata ni.

    Antara punca lingkaran/gelap bawah mata adalah disebabkan angkara:

    1. Tidur lewat / tidur tak tentu masa / kurang tidur
         - kurang tidur akan sebabkan mata anda bekerja lebih keras/lebih masa dan lebih penat dan menyumbang kepada pembuluh darah bawah mata jadi lebih aktif dan nampak seperti
           bayang-bayang hitam bawah mata.

    2. Kulit bawah mata yang nipis
        - kulit bawah mata yang nipis adalah disebabkan faktor keturunan. Yang ni tak dapat la nak tolong. Faktor ini akan sebabkan bayang hitam lebih jelas bawah mata.

    3. Usia meningkat
         - selain kulit mata nipis disebabkan faktor keturunan, peningkatan usia juga akan sebabkan kolagen berkurangan dan kulit menipis. Bayang-bayang hitam akan nampak lebih jelas.

    4. Kurang zat besi
         - kurang zat besi atau anemia

    5. Terdedah kepada cahaya atau sinar uv terlalu lama
        - khas untuk mereka yang terlalu lama mengadap pc/laptop dan seumpamanya macam saya!


    Lain-lain punca menyebabkan lingkaran hitam ini adalah seperti faktor alergi, toksin berlebihan dan salur darah bawah mata yang mengembang.

    Ok, dah tau punca-puncanya, sekarang jom kita cari jalan nak atasi mata panda ni.

    1. Letakkan tomato @  timun @ uncang teh yang telah disejukkan di bawah mata anda. InsyaAllah gelap bawah mata akan berkurangan. Yang penting kena disiplin la amalkan cara ni.

    2. Banyakkan minum air kosong untuk membuang toksin dalam badan.

    3. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran  dan kurangkan makanan segera yang tak berkhasiat.

    4. Kurangkan masa  mengadap pc/laptop

    5. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.


    Selamat mencuba, selamat tinggal mata panda ku!!

    Saturday, 4 April 2015

    Kenapa diet gagal?

    Assalamualaikum & salam sejahtera...

    Apa khabar? Sihat? Macam mana dengan diet anda? Berjalan lancar?

    Ehem, tanya diet orang, diet sendiri entah ke mana!!

    Diet saya SELALU tak berjalan lancar, selalu gagal ok! Baru-baru ni saya terjumpa dengan buku rekod kesihatan saya semasa yang wajib dimiliki oleh setiap jemaah haji. Saya mengerjakan haji tahun 2008. Sepanjang persediaan tu memang kena melalui beberapa siri pemeriksaan kesihatan. Di samping itu ada 3 jenis suntikan yang diwajibkan (2 suntikan wajib, 1 lagi suntikan digalakkan untuk diambil) saya ambil, tak ingat nama-nama suntikan tu tapi salah satunya ialah suntikan pnemococal untuk elakkan radang paru-paru. Tapi yang sebenarnya nak cerita kat sini ialah tentang berat badan saya. Dalam rekod buku kesihatan tu berat saya ketika itu (tahun 2008) ialah 57kg. Sekarang ni paling berat pun setakat ni ialah 60kg. Wah saya kagum, perasan, riak, takbur sekejap. Dalam masa 7 tahun berat saya hanya naik 3kg je!! Ok, sekarang saya boleh makan nasi lemak hari-hari tanpa rasa bersalah!!

    Kenapa diet selalu gagal? Banyak sebabnya. Antaranya ialah perasan kurus sebab berat hanya naik 3 kg dalam masa 7 tahun! :

    1. Kurang disiplin.
        - Gagal kawal nafsu makan bila tengok orang lain makan ayam goreng dengan berselera sekali.

    2. Matlamat diet kurang jelas.
         - Nak diet untuk apa? Untuk lebih sihat? Untuk lebih langsing? Untuk tarik perhatian jejaka idaman?

    3. Target kurus dalam masa yang singkat.
         - Baru diet 2 hari dah frust bila tengok bacaan mesin penimbang tak berkurang dari 80kg ke 70kg!

    4. Program diet yang ekstrem.
         - Diet ikut suka hati. Pagi tak makan breakfast, tengahari tak makan lunch tapi malam makan nasi 2 pinggan lepas tu masuk tidur dengan hati yang gembira kerana menyangka           diet hari ini berjalan lancar!


    Banyak lagi sebab musabab diet kita tak berjaya. Sekurang-kurangnya jika kita dapat membetulkan 4 perkara di atas, mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah program diet yang berjaya. Yang penting,tiada jalan singkat nak capai berat badan yang ideal. Jangan sesekali ambil jalan mudah dengan pil-pil langsing yang tidak diketahui kesahihan sumbernya. Antara banyak-banyak cara diet seperti diet rendah karbohidrat, diet rendah protein, diet ikut jenis darah dan banyak lagi, apa kata kita cuba cara alami, cara semulajadi yang natural. Yang pastinya cara semulajadi adalah bebas daripada bahan-bahan kimia dan anda tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan kerana panduan ini juga mendidik anda dengan tips-tips penting untuk menguruskan badan.



                                 


    Jom diet dengan cara yang lebih sihat! 👍👍👍






    Sunday, 29 March 2015

    Semangat nak kuruskan badan!

    Assalamualaikum & salam sejahtera...


    Jom jogging! (tetiba je kan ajak orang jogging!)

    Hehe bersemangat saya dan mak bersenam pagi-pagi Ahad ni. Bukan bersenam sangat pun, sekadar jalan perlahan 2 - 3 round kat padang bola Setiawangsa. Dulu selalu juga kami buat aktiviti ni, kebelakangan ni dah jarang-jarang sebab ada sahaja hal yang tak dapat dielakkan (alasan je tu!). Pagi ni seawal jam 8 pagi (lepas minum oat bg22!) kami dah ada kat padang bola. Ingatkan awal dah, rupa-rupanya dah ramai dah orang bersenam kat situ

    Kat sini selesa nak bersenam. Selain padang bola dan trek untuk berjogging, ada juga disediakan permainan untuk kanak-kanak dan gelanggang badminton. Ramai juga yang bermain skateboard kat sini. Kalau dah penat berpeluh lepaa jogging atau main bola, bolehlah segarkan badan mandi kat bilik mandi yang disediakan. Bayaran 20 sen untuk tandas dan 50 sen untuk tempat mandi.


    Dapatlah dalam 3 pusingan kami senaman pagi ni. Apa?? 2 pusingan je?? Eh, satu pusingan dalam 800 langkah tau! Bukan senang nak  berjalan banyak tu.  Nanti kami upgrade la dari semasa ke semasa. Selalunya memang 5 atau 7 pusingan, tapi kali ni sebab dah lama tak buat, cepat pancit dan larat 3 pusingan je. 

    Ok, sebenarnya kenapa kami beria-ia nak mula balik bersenam ni? Biasa la, baju dan seluar semua dah tak muat,semua baju dan seluar kena alter dan besarkan sebab bila pakai dah sendat-sendat belaka. Jadi misi kami: Kurangkan berat badan, kempiskan perut yang buncit, dapatkan badan yang lebih langsing dan kesihatan yang lebih baik. Lebih fit, lebih sihat dan lebih bahagia!


    bersenam berjalan kaki kurangkan berat badan         bersenam berjalan kaki kurangkan berat badan    bersenam berjalan kaki kurangkan berat badan   bersenam berjalan kaki kurangkan berat badan

    Tapi setakat berjalan kaki 3 round je boleh ke kurangkan berat dan kuruskan badan? Boleh, dengan syarat berjalan kaki secara konsisten. Dan kalau boleh berjalan kaki sampai 10000 langkah sehari. Saya paling banyak pun dapat 2000 hingga 3000 langkah sehari. Berjalan kaki dapat membakar lemak degil terutama lemak di bahagian perut dan punggung. Berjalan kaki ni adalah satu cara senaman yang paling mudah dan santai sekali. Tak semestinya kena pergi padang atau taman untuk berjalan kaki, kat rumah pun boleh buat senaman mudah ni. Yang paling best ialah berjalan kaki kat shopping mall sambil cuci mata!

    Berjalan kaki sebagai cara bakar lemak pun ada disebutkan oleh Hafiz Wasa yang tulis ebook 'Teknik Pantas Bakar Lemak'. Tulisannya adalah hasil daripada pengalaman Hafu sendiri yang pernah alami masalah berat badan. Yang menarik untuk orang yang jarang bersenam macam saya ni ialah bila Hafiz tulis dengan mengikuti teknik dalam ebook ini, kita tak perlu luangkan masa lama untuk bersenam, bersenam 4 minit saja pun boleh! Menarik ni!


    Dalam ebook ni ada juga cara-cara diet yang betul dengan contoh menu diet yang seimbang. Cara kurangkan kalori daripada diet bukan perkara yang mudah dengan gaya hidup serba segera kita di zaman moden ni kan. Kalau kita faham macam mana lemak boleh tersimpan dalam badan dan macam mana nak tingkatkan metabolisma bila umur dah meningkat, pasti kita dapat kawal berat badan dan bakar lemak-lemak dengan lebih cepat! Tak perlu nak habis kan ribu-ribu ringgit beli pil kurus, pil pelangsing, pakej kuruskan badan dan sauna sana sini lagi. Nota: Lebih banyak pergerakan yang anda buat, lebih banyak lemak akan dibakar. Jadi sauna bukan cara terbaik untuk kurangkan berat badan!



    Tuesday, 27 January 2015

    makan oat bg22 boleh kurangkan kolestrol?

    assalamualaikum & selamat sejahtera.... Setelah 2 tahun 4 bulan, saya kembali menulis semula!

     Jika blog ini umpama rumah yg kosong tentunya dah penuh dgn habuk dan sarang labah2 kan! Hehehe....


    Saya baru sahaja temankan mak ambil report kesihatan ujian darah baru2 ini...nampaknya mak kena kurangkan makanan laut, kekacang, bijirin dan tentunya makanan yg tinggi kolestrol! Kadar kolestrol 'jahat' mak agak tinggi...bacaan max 300...bacaan mak dah sampai 500 lebih! Nampaknya kami kena tambah bilangan hari pegi berjogging kami...


    Mak juga sempat bertanyakan kpd doc cara untuk kurangkan berat badan...risau juga..makan tak byk pun tapi badan tetap berat... Doc kata..ada byk faktor berat kita tak nak turun...antaranya kadar pembakaran lemak yg semakin kurang disebabkan faktor ini:


    1. Semasa muda remaja @ kanak2, kita aktif bergerak dan ini menyumbang kpd tingginya dan cepatnya lemak dibakar. Bila dah semakin berumur? Memang aktiviti harian dan pergerakan pun berkurang...lemak pun seronok ler membiak...

    2. Masa muda dan aktif kita pun byk terdedah kepada luka..cth main bola terjatuh dan luka, naik jongkang jongkit terjatuh dan luka...untuk proses pemulihan...byk tenaga dan lemak dibakar untuk tujuan ini...jadi lemak pun kerap dibakar....bila dah berumur? Memang kurang ler aktiviti kita...luka2 sebab jatuh pun takde kan? Apa tah lagi luka sebab jatuh naik jongkang jongkit ☺


    3. Selain tu, masa muda juga byk tenaga dan lemak digunakan untuk proses membesar...jadi lemak tak byk tersimpan...bila dah berumur, proses pembesaran pun dah takde..memang tak ke mana la lemak tu..elok je tersimpan kat bahagian perut, bawah lengan dan sebagainya...


    4. Ada satu lagi sebab....tapi saya dah terlupa...hehehe....nanti bila teringat saya update ye....


    Sekarang ni selain makan ubat untuk kurangkan kadar kolestrol, saya pun dah siapkan minuman oat untuk mak setiap pagi...minum sebelum makan breakfast....oat bg22...ok la rasa dia...yg saya perasan memang kenyang lama kalau makan oat ni...takde la rasa nak mengunyah je di ofis 😊 Harapannya bacaan kolestrol mak akan turun lepas ni...InsyaAllah...kalau nak tau lebih lanjut pasal oat bg22 ni bole baca kat sini:


    http://biogrow.com.my/Oat-Bran-Powder-Oat-BG22/View-all-products.html